Pengenalan Projek

SPWD adalah akronim bagi Sistem Pengurusan Wabak Denggi. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi remote sensing dan GIS (Geographic Information Sistem) sebagai teras pengoperasian. Ia merupakan aplikasi web base yang pertama berupaya memetakan secara automatik lokasi kes, lokasi kes wabak dan kluster/kawasan wabak denggi semasa secara harian.

Matlamat utama pembangunan sistem ini adalah untuk membantu pihak KKM dalam meningkatkan strategi pengurusan denggi dan seterusnya dapat mengurangkan kes dan wabak denggi semasa melalui keberkesanan sistem penguatkuasaan yang dijalankan.

Berikut merupakan objektif utama pengoperasian sistem SPWD iaitu untuk memudahkan pihak berkuasa (Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan) menjalankan aktiviti penguatkuasaan berikut:

  1. Pemantauan kejadian kes dan wabak denggi harian secara spatial
  2. Merancang dan menentukan kawasan untuk menjalankan aktiviti kawalan wabak;
  3. Memantau status wabak dan menjalankan siasatan punca wabak berpanjangan;
  4. Mengenal pasti kawasan hotspot wabak; dan
  5. Memudahkan pembuat keputusan membuat perancangan aktiviti pencegahan melalui peta kawasan berisiko wabak yang dikeluarkan.

Bagi tujuan tersebut sistem ini menyediakan capaian kepada maklumat-maklumat berikut:

  1. Peta lokasi kes denggi - harian dan data terdahulu (data arkib).
  2. Peta lokasi wabak - harian dan data terdahulu (data arkib).
  3. Peta kluster/kawasan wabak - harian dan data terdahulu (data arkib).

Berikut merupakan maklumat yang boleh di keluarkan daripada peta kluster/kawasan wabak:

  1. Sempadan kluster/kawasan wabak;
  2. Persekitaran sebenar kluster /kawasan wabak melalui imej satelit beresolusi tinggi.
  3. Semakan maklumat pesakit mengikut kluster wabak.
  4. Laporan senarai nama taman terlibat dalam kawasan wabak.
  5. Laporan senarai nama-nama jalan terlibat dalam kawasan wabak.
  6. Peta kawasan berisiko tinggi berlaku wabak.
  7. Peta gunatanah perbandaran-dikemaskini daripada imej satelit (IKONOS dan SPOT 5).
  8. Peta lokasi kawasan sekolah.

Melalui sistem ini, pemantauan lokasi kejadian kes denggi, penentuan lokasi kes wabak dan penentuan kluster wabak dapat dilakukan secara cepat dan lebih tepat dengan mengabungkan penggunaan imej satelit beresolusi tinggi yang terkini sebagai latarbelakang pemetaan.

Selain bagi tujuan pemantauan kejadian kes dan lokasi wabak, sistem ini juga digunakan untuk membantu menentukan dan membuat perancangan aktiviti kawalan wabak. Melalui pemetaan kes dan lokasi wabak, sistem ini secara automatik akan dapat menentukan dan memetakan kluster/kawasan wabak semasa (harian) dan maklumat ini amat berguna kepada pegawai operasi dalam menentukan sempadan untuk menjalankan aktiviti kawalan wabak. Peta kluster/kawasan wabak berkenaan akan di overlay dengan data-data lain seperti imej satelit beresolusi tinggi, jaringan jalan raya dan sempadan kawasan pentadbiran untuk mendapat gambaran sebenar persekitaran kawasan penguatkuasaan dan memudahkan membuat aktiviti semburan atau siasatan. Selain itu sistem ini turut menyediakan laporan harian dan data arkib yang menyenaraikan jalan-jalan yang terlibat dalam kawasan wabak.

Hakcipta Terpelihara © 2011  oleh Agensi Remote Sensing Malaysia